Minggu, 29 Juni 2008

Kehamilan & Penyakit Kelamin (Pregnancy & STDs)

Kehamilan & Penyakit Kelamin (Pregnancy & STDs)

October 18, 2007 at 11:45 pm | In Kehamilan & Penyakit Kelamin |
Tags: , ,

pregnancy-std.jpgWanita boleh dijangkiti Penyakit Kelamin (STD) sama ada dia hamil atau tidak. Kehamilan tidak menghalang wanita atau bayi yang dikandungnya daripada dijangkiti penyakit kelamin. Malahan, kesan penyakit kelamin boleh menjadi lebih serius pada wanita hamil, dan kadang kala boleh membahayakan nyawa si ibu dan anak. Adalah penting bagi wanita hamil untuk mengetahui kesan buruk penyakit kelamin terhadap kehamilan, cara-cara menangani dan melindungi dirinya dan bayi daripada dijangkiti penyakit kelamin.

  • Adakah jangkitan penyakit kelamin semasa kehamilan sesuatu yang biasa terjadi?

Sesetengah penyakit kelamin seperti Herpes Kelamin dan Bacterial Vaginosis, boleh dikatakan lazim menjangkiti wanita hamil.

  • Apakah kesan Penyakit Kelamin terhadap wanita hamil dan bayi?

Kebanyakan kesan Penyakit Kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan wanita yang tidak hamil. Penyakit Kelamin boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim dan beberapa kanser yang lain, hepatitis kronik, radang pelvis, kemandulan dan penyakit-pemyakit yang lainnya. Kebanyakan penyakit kelamin pada perempuan berlaku secara “senyap”, iaitu tanpa simtom atau tanda.

Penyakit Kelamin pada wanita hamil boleh juga mengakibatkan kelahiran pra-matang, pecah air ketuban sebelum waktu, dan juga jangkitan pada air kencing selapas melahirkan.

happy.jpgWanita hamil juga boleh memindahkan Penyakit Kelamin mereka kepada bayi sebelum, semasa atau sesudah proses melahirkan. Sesetengah Penyakit Kelamin (seperti siflis) boleh menyeberangi uri dan menjangkiti bayi di dalam rahim ibu. Sesetengah Penyakit Kelamin pula (seperti gonorrhea, chlamydia, hepatits B, dan herpes kelamin) boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi semasa proses melahirkan bayi. HIV pula boleh menyeberangi uri ketika dalam kandungan, menjangkiti bayi semasa proses kelahiran dan tidak seperti Penyakit Kelamin yang lain, ianya juga boleh menjangkiti bayi ketika ibu yang dijangkiti HIV ini meyusukan bayinya dengan susu badan.

Kesan bahaya Penyakit Kelamin terhadap bayi pula termasuklah bayi mati dalam kandungan, bayi dilahirkan kurang berat badan (kurang dari 5 pounds), conjunctivitis (jangkitan penyakit mata), pneumonia (radang paru-paru), neonatal sepsis (jangkitan dalam saliran darah bayi), kerosakan saraf (seperti kerosakan otak atau kurang koordinasi dalam pergerakan badan), buta, pekak, hepatitis akut, meningitis dan kerosakan hati.

Sesetengah masalah ini boleh diatasi sekiranya ibu hamil ini menerima penjagaan rutin ketika hamil, seperti melakukan pengesanan Penyakit Kelamin ketika di awal kehamilan dan jika perlu melakukan ujian berulangkali semasa kehamilan dan semasa hampir dengan masa kelahiran. Sesetengah masalah pula boleh diubati jika ianya dikesan ketika kelahiran.

  • Adakah wanita hamil perlu menjalani ujian untuk mengesan Penyakit Kelamin?

Penyakit Kelamin boleh menjangkiti semua wanita tidak kira walau apapun taraf sosioekonimi dan taraf pendidikan umur, bangsa, etnik atau agama. Dengan itu wanita hamil digalakkan menjalani ujian untuk mengesan penyakit kelamin berikut pada masa melakukan ujian kesihatan ketika hamil:

Sesetengah pakar turut menyarankan agar wanita yang pernah melahirkan kelahiran pra-matang untuk menjalani ujian mengesan jangkitan bacterial vaginosis pada lawatan pertama mereka ke klinik.

Wanita hamil harus menyatakan hasratnya kepada doktor mereka untuk menjalani ujian mengesan penyakit kelamin kerana kebanyakan doktor kebiasaannya tidak melakukan ujian tersebut secara rutin. Walaupun anda telah pernah menjalani ujian mengesan jangkitan penyakit kelamin sebelum kehamilan, anda juga digalakkan untuk melakukan sekali lagi ketika hamil.

  • Bolehkah Penyakit Kelamin dirawat ketika hamil?

Chlamydia, Gonorrhea, Sifilis, Trichomonas, and Bacterial Vaginosis (BV) boleh dirawat dan diubati dengan pengambilan antibiotik ketika hamil. Tiada rawatan atau penawar bagi penyakit kelamin yang diakibatkan oleh virus seperti herpes kelamin dan HIV, tetapi ubat antiviral untuk herpes kelamin dan HIV boleh mengurangkan simtom atau kesan penyakit tersebut pada wanita hamil. Untuk wanita hamil yang menghidap atau dijangkiti herpes kelamin ketika hampir waktu melahirkan, doctor anda akan menggalakkan anda untuk melakukan kelahiran secara cesarean (C-section) bagi melindungi bayi anda dari dijangkiti virus HSV/herpes kelamin. Kelahiran secara cesarean (C-section) juga merupakan salah satu pilihan untuk wanita hamil yang menghidap HIV.

Wanita hamil yang disahkan bukan penghidap atau pembawa hepatitis B juga boleh mendapatkan vaksin hepatitis B semasa hamil.

pregnant.jpg

  • Bagaimanakah wanita hamil dapat melindungi diri dan kandungan mereka daripada dijangkiti?

Cara yang paling pasti untuk mengelakkan pemindahan dan jangkitan Penyakit Kelamin, adalah dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal tidak dijangkiti penyakit kelamin.

Penyakit Herpes Kelamin boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom. Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul, dan pada setiap sesi hubungan kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV, iaitu virus yang menakibatkan penyakit AIDS. Penggunaan kondom getah dengan cara yang betul, dan pada setiap sesi hubungan kelamin juga boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin yang lain seperti gonorrhea, chlamydia, dan trichomoniasis.

Penyakit Kelamin seperti Herpes, Ketuat kelamin dan jangkitan virus human papillomavirus (HPV) boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita di kawasan kelamin yang dilindungi oleh kondom, juga di kawasan yang tidak dilindungi kondom. Menggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan kelamin hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan. Oleh kerana kondom getah mungkin tidak dapat melindungi sepenuhnya kawasan yang dijangkiti walaupun digunakan dengan cara yang betul, ianya tidak menjamin bahawa jangkitan tidak akan berlaku.

Sekiranya wanita hamil mengesyaki dirinya telah dijangkiti penyakit kelamin, sila berjumpa doktor anda dengan segera sebelum komplikasi buruk berlaku.

Tidak ada komentar: